Blogroll

Syed Abdul Rahman (Tokku Paloh)

Penasihat utama Sultan Zainal Abidin III semarakkan semangat jihad Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau tentang penjajah British di Pahang. ULAMA Besar Terengganu pada abad ke-19, Sayyid Abdul Rahman Al-Idrus atau Tokku Paloh Idrus, turut dikenali sebagai wali Allah yang penuh keramat serta sangat ditakuti penjajah.

Tingkatkan Pendapatan Melalui Nuffnang

Pendapatan melalui nuffnang memang berbaloi kerana pelbagai kempen iklan ditawarkan nuffnang agak lumayan serta dapat menjana pendapatan sampingan melalui blog.Berikut beberapa tips untuk cara anda memaksimumkan pendapatan anda bersama nuffnang.

Download : Drama Korea - Dream High

Download : Drama Korea - Dream High

Bongkar! : Kisah Berliku PengIslaman Bintang Chelsea Nicolas Anelka (Abdul Salam Bilal Anelka)

Bagi peminat bola sepak dunia, terutama penyokong kelab Chelsea, tentu tidak asing lagi dengan nama Nicolas Anelka. Anelka adalah salah seorang penyerang yang berbahaya apabila berada di depan gawang lawan.

Mengapa Yahudi Menggali Di Bawah Masjid Al-Aqsa?

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (662) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (359) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (375) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Saturday, November 4, 2017

Wow! iPhone X Tesla Dilancarkan Dan Dilengkapi Panel Solar Terbina

iPhone X ialah peranti yang paling didambakan bulan ini dengan laporan ia dijual pada harga mencecah RM10,000 di Malaysia. Ini adalah harga yang melampau bagi sebuah peranti yang pada asalnya dijual pada harga RM 5149. Bagi mereka yang tidak kisah berbelanja lebih, Caviar iPhone X Tesla telah dihasilkan dengan harga hampir mencecah RM 20,000 sebuah.
Firma Caviar dari Russia sekali lagi bertanggungjawab ke atas kewujudan iPhone pada harga melampau ini. Panel kaca iPhone X digantikan dengan panel solar dan titanium. Terdapat juga kemasan emas pada bonjol kamera dan bingkai bagi menyerlahkan lagi kemewahan peranti ini. Peranti ini boleh dicas sepenuhnya dengan kuasa matahari.
Menurut Caviar peranti ini mendapat inspirasi dari Steve Jobs, Elon Musk dan Nicola Tesla. Harga jualan untuk model 64GB ialah RUB 259,000 (~RM 18846) manakala untuk model 256 GB pula ia dijual pada harga RUB 274,000 (~RM 19937).

Spesis Baru Orang Utan Dikenalpasti Di Utara Sumatera

Selama berdekad lamanya kami ingatkan Orang Utan hanya boleh ditemui di kepulauan Borneo dan hanya satu spesis wujud. Tanggapan kami nyata menyimpang dari realiti kerana sebenarnya orang utan turut boleh ditemui di kepulauan Sumatera dan terdapat dua spesis berbeza. Penyelidik dari University of Zurich walaubagaimanapun telah mengenalpasti satu lagi spesis Orang Utan yang turut ditemui di Sumatera.
Pongo Tapanuliensis ialah nama yang diberikan kepada spesis terbaru ini. Ia boleh ditemui di Tapanuli, Sumatera pada tahun 1997. Para saintis telah lama menyangka Orang Utan Tapanuli tergolong di dalam spesis berbeza dari Pongo abelii yang ditemui di Sumatera Utara dan Pongo pygmeaeus yang ditemui di Borneo.
Kajian morfologi tengkorak seekor Orang Utan Tapanuli menemui beberapa perbezaan dengan spesis Pongo abelii. Kajian genom pula mengesahkan penemuan spesis terbaru ini. Penemuan spesis baru ini adalah menarik di dalam dunia sains primat tetapi menyedihkan juga kerana hanya 800 Pongo Tapanuliensis masih boleh ditemui di habitat asal. Seperti dua spesis orang utan yang lain, mereka juga kini di dalam kategori diancam kepupusan yang serius.

YouTube Kids Diberikan Nafas Baru – Termasuk Sokongan Profil Untuk Kanak-Kanak

YouTube sedia menawarkan sebuah aplikasi YouTube Kids yang memfokuskan kepada penawaran kandungan khusus dioptimasikan untuk kanak-kanak. Selepas sekian lama ditawarkan, kini Google mengambil langkah untuk memberikan nafas baru untuk aplikasi berkenaan.
YouTube Kids
Kini, YouTube Kids turut menawarkan sokongan mencipta profil untuk anak anda – dimana profil berkenaan akan mula mengoptimasikan kandungan berdasarkan kepada umur anak anda. Google turut mengatakan yang mana rekabentuk aplikasi YouTube Kids akan berubah mengikut anak anda – termasuk dari segi kandungan yang dipaparkan.
Setiap profil ini boleh ditetapkan dengan kata laluan – sekaligus memberikan idea berkaitan sekuriti dan privasi kepada kanak-kanak. Seperti biasa, ibu bapa boleh mengatasinya dengan panel pengurusan tersendiri.
YouTube Kids
Kemaskini baru ini ditawarkan secara berperingkat kepada semua pengguna YouTube Kids bermula daripada hari ini.
sumber : amanz.my

Wednesday, October 25, 2017

Terbaru : Siti Nurhaliza Terima Gelaran Datuk Seri! - Rezeki Anak.

Setelah mengumumkan penantian selama 11 tahunnya berakhir dengan kehamilan sulung beliau baru-baru ini, Siti Nurhaliza sekali lagi dikurniakan ‘hadiah’ yang tidak ternilai.

Siti Nurhaliza!

Siti Nurhaliza telah menerima darjah kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri, Isnin, 23 Oktober.

Siti Nurhaliza antara 101 orang penerima anugerah darjah kebesaran Pahang bersempena Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

Istiadat pengurniaan darjah dan pingat kebesaran Pahang tersebut disempurnakan oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahamad Shah di Balairong Seri, Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang.

Pelantun lagu Segala Perasaan ini turut berkongsi berita tersebut bersama pengikut-pengikutnya apabila memuat naik beberapa keping gambar di laman Instagramnya.

Alhamdullillah, patik menjunjung kasih di atas pengurniaan darjah kebesaran ini dan semoga patik menjadi rakyat Pahang yang berbakti kepada Agama, Bangsa, Negeri & Negara Patik. Menjunjung Kasih Tuanku. Sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang. #daulattuanku #alhamdulillah

Pengurusnya, Rozi Abdul Razak turut memuat naik beberapa gambar dengan kapsyen yang menggambarkan darjah kebesaran yang diterimanya itu sebagai rezeki yang tidak dijangka.

Siti Nurhaliza!

Dalam pada itu, tiga lagi selebriti turut menerima anugerah kebesaran diraja tersebut. Mereka ialah pelakon Datuk Eizlan Yusof, Adi Putra dan pereka fesyen terkenal Jovian Mandagie.

Datuk Eizlan Yusof turut menerima SSAP manakala Adi Putra pula menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

Jovian Mandagie yang juga Ketua Pengarah Eksekutif Jovian Mandagie Sdn Bhd menerima Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) sekaligus membawa gelaran Datuk.

Sudah pasti laman sosial keempat-empat public figure ini dipenuhi dengan komen dan ucapan tahniah netizen yang rata-ratanya gembira dengan pencapaian yang diterima mereka.

Tahniah Datuk Seri Siti Nurhaliza!

Sumber : sentiasapanas.com

Sejarah Dan Asal-usul Daerah Keningau, Sabah Yang Perlu Anda tahu

Keningau merupakan bandar kelima terbesar di Sabah selepas Tawau dan Lahad Datu dan merupakan sebuah kawasan yang terletak di kawasan pedalaman Sabah yang telah berkembang maju menjadi bandar.

Bandar Keningau

Mengikut cerita orang dulu-dulu, Keningau merupakan sebuah perkampungan yang banyak ditumbuhi oleh pohon kayu Manis atau lebih dikenali sebagai “Pokok Keningau”.

Dalam bahasa suku kaum Murut mereka menyebutnya sebagai “Kayu Keningau” iaitu sejenis rempah yang digunakan untuk memasak.

Kedatangan orang Inggeris di kawasan tersebut menjadikan kulit Kayu Keningau menjadi salah satu bahan eksport mereka, yang secara tidak langsung kawasan pendalaman menjadi pengeluar kulit Kayu Keningau yang penting ketika itu.

Akhirnya, kawasan tersebut dipanggil Keningau sehingga wujud sebuah bandar yang paling maju dan menjadi pusat pentadbiran di kawasan pedalaman Sabah.

Kayu Manis mendapat permintaan yang tinggi dari saudagar-saudagar luar menyebabkan daerah Keningau menjadi terkenal dengan produk tempatan.

Daerah Keningau mendapat gelaran “Kampung Keningau” daripada saudagar-saudagar yang datang ke daerah ini.

Gelaran ini diberikan sempena nama pokok kayu Koningau bagi memudahkan saudagar luar mengenali kawasan utama sumber kayu manis. Mengikut istilah saintifik kayu manis disebut dengan nama Cinnamomun Burmannii.

Menurut sejarah, Keningau merupakan sebahagian daripada wilayah Brunei semasa Pemerintahan Kesultanan Brunei dan Sulu, sekitar tahun 1860an.

Pada masa itu, Keningau merupakan pusat perdagangan rempah ratus terbesar di wilayah Brunei.

Sungai Bunsit
Keindahan Sungai Bunsit.

Disebabkan laluan perdagangan Selat Melaka dari seluruh pelosok dunia, persisiran pantai barat Jesselton (Kota Kinabalu) menjadi tempat strategik selepas tumpasnya pangkalan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (BNBCC) di Pulau Gaya oleh Mat Salleh dan orang Bajau dan kemusnahan bandar Sandakan pada masa itu.

Semasa penentangan itu, Keningau menjadi Pusat Pendaftaran dan Pentadbiran Kawasan Pedalaman sementara Penjajah British untuk melumpuhkan pengaruh Mat Salleh dan perjuangannya.

Satu-satunya bangunan yang menjadi bukti wujudnya Penjajahan British ialah Saint Francis Xavier Church, antara bangunan tertua di Keningau.

Kimanis pada masa itu menjadi laluan utama perhubungan dari Keningau ke Jesselton (Kota Kinabalu). Kimanis juga adalah kubu pertahanan Keningau semasa perang dunia ke-2.

Antara Daerah Paling Sejuk Di Sabah

Mungkin tidak salah kalau dikatakan bahawa daerah Keningau adalah antara kewasan paling sejuk di Sabah selepas Kundasang.

Pada tahun 1980an dan sebelumnya, penulis masih teringat apabila bangun setiap pagi, suasana dingin begitu terasa sehingga menggigit ke tulang sum-sum. Sangat sejuk sehinggakan minyak masak di dalam botol plastik turut membeku.

Pada ketika itu hutan Keningau belum lagi habis digondolkan oleh kapitalis-kapitalis yang mengaut keuntungan lumayan atas nama pembangunan.

Begitu juga beberapa ketika lalu, ketika negara dilanda angin sejuk Siberia, daerah Keningau antara kawasan paling sejuk di Malaysia dengan suhu cuaca di bawah 18 darjah selsius.

Tapi awas, pada waktu siang, sememangnya Keningau sangat panas.

Jalan Raya Paling Lurus Di Sabah

Jalan apin-apin-keningau

Satu lagi keunikan di daerah Keningau adalah jalan rayanya yang sangat lurus sejauh 20 kilometer yang menghubungkan antara Apin-apin dan Bandar Keningau.

Jalan raya ini sangat lurus sehinggakan jika anda melihatnya di gambar, seolah-olah sebatang pembaris yang diletakkan diatas meja.

Dan jika anda menyaksikannya sendiri dari atas bukit Banjaran Crocker, mata pasti terpesona melihat keajaibannya. Suatu fenomena alam ciptaan manusia yang sangat mengagumkan.

Laluan Maut Kimanis

Jalan Kimanis curam

Tidak keterlaluan juga jika dikatakan bahawa laluan Kimanis yang menghubungkan Keningau dan Kota Kinabalu adalah antara laluan paling berbahaya dan mencabar serta memerlukan seorang pemandu yang berpengalaman untuk melaluinya.

Jalannya berturap cantik namun kerana kadar kecuramannya, penggunaan brek kereta yang salah pasti mengundang padah.

Sudah banyak berlaku kemalangan dipalorkan akibat kegagalan brek kereta berfungsi kerana terlalu panas. Break-break don't eat.

Jadi, jika anda melalui Jalan Kimanis pada bila-bila masa, berhati-hatilah dengan penggunaan brek dan sentiasa menggunakan gear rendah. Jangan memandu dengan laju.

Misteri Jalan Kimanis

Disebalik bahaya jaluan curam jalan Kimanis, ada satu misteri yang pengunjung luar mungkin belum tahu.

Kira-kira beberapa kilometer sebelum sampai ke bandar Keningau, ada satu jalan yang yang menuruni bukit dan terletak di laluan jalan Kimanis yang apabila anda memberhentikan kereta ditengah-tengah jalan, kereta akan berundur ke belakang dengan sendiri.

Kereta akan berundur menaiki bukit! Tak percaya? Cubalah sendiri.

Laluan utama di Sabah

Dengan siapnya laluan Jalan Kimanis juga, Keningau menjadi bandar transit bagi pengunjung luar samada dari daerah Tawau-Kota Kinabalu dan sebaliknya.

Begitu juga pelancong yang mahu melawat ke seluruh Sabah, Keningau pastinya antara laluan utama.

Nama Keningau terus kekal masyhur dan terkenal sehingga ke hari ini sebagai sebuah daerah tertua dan terbesar di kawasan Pedalaman. Selamat datang ke Keningau.

Semoga memberi manfaat.

SUMBER : sentiasapanas.com

Hotwav Symbol S3 – Hebat Klon iPhone X Dari China, Menjalankan Android

Clone Klon iPhone X Dari China!

Terdapat pelbagai klon produk asli yang dihasilkan dari China, dan terkini, salah satu syarikat dari China telah menghasilkan telefon pintar klon menyerupai iPhone X – dinamakan sebagai Hotwav Symbol S3.
Hotwav Symbol S3 ini hadir dengan rekaan ronggak pada bahagian atas seumpama iPhone X, selain rekaan peranti keseluruhan yang lebih kurang sama. Telefon pintar ini menggunakan skrin 6-inci, dijana menggunakan cip MediaTek, memori 2GB RAM, serta menjalankan sistem operasi Android 8.0.
Symbol S3
Symbol S3
Pada bahagian belakang, ia turut menggunakan dwi-kamera gabungan 13MP+2MP, selain kamera hadpaan 5MP+2MP.
Walaupun membawakan rekaan ronggak seumpama iPhone X, tetapi ia tidak memakan bahagian skrin. Sebaliknya, skrin diposisikan pada bahagian bawah – membuatkan kedudukan bahagian ronggak adalah lebih kepada gimik, selain menawarkan peranti dengan rekaan seumpama iPhone X semata-mata.
Buat masa ini, harga jualannya tidak diumumkan lagi. Tetapi, boleh dikatakan ia akan jauh lebih murah berbanding harga iPhone X yang mencapai lebih RM5k di Malaysia.

Akhirnya, Facebook Kini Menambah Sokongan Video 4K

Facebook sebelum ini hanya mengehadkan penawaran kandungan video melalui platform mereka pada resolusi 720p sahaja. Tetapi, kini ia berubah, dimana kini Facebook telah mula menguji dan menambah sokongan paparan video 4K melalui platform mereka.
Facebook sebelum ini telah menambah sokongan paparan resolusi 4K untuk video 360-darjah – namun, untuk video biasa, ia hanya terhad kepada 720p. Hal ini mungkin kerana ramai yang menggunakan dan menonton video pada Facebook melalui peranti mudah-alih – dan tidak ingin menggunakan data internet yang tinggi.
Facebook 4K
Walaubagaimanapun, kini dengan fokus pihak Facebook terhadap video – termasuk memperkenalkan platform penyiaran tersendiri dinamakan Facebook Watch, ia telah tiba masanya untuk menambah sokongan 4K.
Kini, beberapa video telah mula menawarkan sokongan paparan 4K, dan mungkin lebih banyak akan ditawarkan tidak lama lagi. Buat masa ini, ciri ini diuji dikalangan segelintir pengguna – dan mungkin diperluaskan kepada umum tidak lama lagi.

Otohiko – (Hebat) Alat Peredam Bunyi Menghirup Mi Dihasilkan Di Jepun

Dunia semakin global tetapi adab ketika makan masih lagi mempunyai perbezaan budaya yang ketara. Misalnya di Barat adalah dianggap kurang beradab untuk makan dengan bising. Di Jepun menghirup mee dengan kuat dianggap bagus bagi memberikan petanda anda menikmati makanan yang dihidangkan. Bagi mengelakkan pergeseran budaya, Otohiko dihasilkan.
Otohiko ialah peredam bunyi menghirup mee bagi mereka yang tidak biasa dengan budaya Jepun. Ia disambungkan kepada garfu dan ditambat kepada peranti pintar. Apabila ia menangkap bunyi hirupan mee, ia akan mengarahkan peranti untuk menghasilkan bunyi lain yang “meredam” bunyi hirupan.
Alat aneh ini dibangunkan oleh syarikat Nissin yang merupakan pencipta mee segera. Sekiranya anda berminat Otohiko dijual pada harga ¥14,800 (~RM 550)  bermula Disember ini. Fakta menarik mengenai mee segera ialah ia dicipta pada tahun 1958 bagi memenuhi keperluan zat penduduk Jepun masih terjejas selepas Perang Dunia Kedua. Selepas hampir 60 tahun, mee segera kini dianggap makanan tidak berzat untuk insan yang kurang berkemampuan.
sumber : Amanz

Apple Berkongsi Video Cara Menggunakan Mod Portrait Lighting - iPhone 8

Tahun ini mod potret pada peranti iPhone X dan 8 Plus dikemaskini dengan sistem Portrait Lighting. Oleh kerana peranti Apple tidak hadir dengan manual, mungkin pengguna baru akan mengalami masalah menggunakan fungsi baru ini. Dua video tutorial cara mengambil dan menyunting gambar Portrait Lighting telah dimuat naik pada akaun YouTube Apple.
Kedua-dua video menunjukkan betapa mudahnya mod ini boleh digunakan. Kepada pemilik iPhone 8 Plus di Malaysia yang mungkin sedikit keliru video yang dimuat naik ini amat membantu. Kami sendiri pada awalnya mengalami kesukaran mencari tetapan untuk menyunting gambar selepas ia diambil.
sumber : amanz

10 Masalah Paling Berprofil Tinggi Pada Peranti Pintar Popular

oleh : amanz
Pelancaran Google Pixel 2 mengalami sedikit gangguan apabila timbul laporan dari pembeli awal. Masalah paling serius ialah tunaskrin pada Pixel 2 XL yang yang menyebabkan imej butang navigasi sentiasa terpapar pada skrin. Pada waktu yang sama Pixel 2 dilanda masalah bunyi bising.
Masalah seperti ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang jarang berlaku. Ia sudah wujud secara zaman berzaman setiap kali peranti popular muncul di pasaran pada harga yang tinggi. Berikut ialah senarai 10 masalah paling berprofil tinggi pada peranti pintar popular yang pernah dilaporkan

1. One Plus5 – Masalah Paparan Skrin Dan Panggilan 911

OnePlus 5Tahun demi tahun peranti OnePlus menjadi pilihan pengguna yang inginkan peranti premium pada harga lebih mampu milik dan pelancar hampir Android asli. Sebagai pengeluar peranti yang membunuh peranti utama, OnePlus menggunakan slogan “Never Settle” bagi mengingatkan pengguna supaya jangan berpuas hati dengan peranti dari pengeluar lain.
Oleh itu apabila OnePlus 5 yang baru dilancarkan mengalami masalah skrin,slogan ini menjadi bahan jenaka. Sebilangan kecil pengguna melaporkan masalah Jelly Effect apabila skrin ditatal dengan pantas. Antara yang dipersalahkan ialah skrin yang dipasang terbalik kerana kekurangan ruang di dalam tubuh bagi sambungan biasa. Turut dilaporkan ialah peranti tidak boleh mendail talian kecemasan 911 di Amerika Syarikat.
Kemaskini perisian diberikan bagi menyelesaikan kedua-dua masalah ini dan setakat ini tiada insiden baru dilaporkan. Yang kekal hanyalah masalah OnePlus mengumpul data pengguna tanpa kebenaran dan mereka telah berjanji untuk menghentikannya dengan kemaskini yang bakal diberikan.

2. Blackberry KEYone – Skrin Tertanggal

Masih terdapat segelintir pengguna yang masih mahukan peranti dengan papan kekunci fizikal. Oleh itu Blackberry KEYone dihasilkan dengan rekaan bahagian atas skrin sesentuh dan bahagian bawah dengan skrin QWERTY fizikal.  Masalah dengan rekaan ini ialah ia mewujudkan bahagian lemah pada titik pertemuan skrin dan papan kekunci.
Apabila tekanan diberikan dari bahagian belakang, skrin tertanggal dengan mudah.Masalah ini hanya disedari selepas KEYone diberikan ujian tahan lasak oleh JerryRigEverything. Video YouTube beliau tular dan Blackberry segera memberikan kenyataan akan menyelesaikannya dengan segera. Model baru KEYone selepas itu telah diperkuatkan dengan menggunakan gam yang lebih kuat bagi menyambung skrin pada kerangka.

3. Google Nexus 6P  – Bateri Dan Boot Loop

Google Nexus 6PGoogle Nexus 6P ialah peranti Nexus terakhir yang dihasilkan oleh Google dengan kerjasama Huawei. Rekaan bahagian belakang berkaca pada bahagian atas menerima pujian kerana unik jika dibandingkan dengan peranti lain di pasaran pada waktu tersebut. Ia bolehkah dikatakan prototaip kepada rekaan panel berkaca lebih besar yang kemudian digunakan pada Pixel.
Masalah Nexus 6P mula dilaporkan pada hari pertama apabila muncul laporan panel kaca retak. Ini masalah kecil kerana jika dibandingkan dengan masalah bateri dan boot loop yang berlaku selepas ia menerima kemaskini Nougat setahun selepas pelancaran.
Peranti mati mengejut walaupun bateri ia masih mempunyai caj. Peranti yang tidak mengalami masalah bateri dilanda masalah boot loop pula sehingga tidak boleh diperbaiki. Masalah ini tidak ditangani dengan baik oleh Google menyebabkan mereka disaman pada awal tahun ini oleh pemilik yang tidak berpuas hati. Sehingga kini tiada jalan penyelesaian mudah boleh dilakukan bagi menyelesaikan kedua-dua masalah ini.

4. Samsung Galaxy S8 – Skrin Berwarna Merah Jambu

Hanya beberapa hari selepas Pixel 2 XL dilancarkan, masalah paling kerap didengari ialah paparan skrin kurang bermaya serta tunaskrin. Percubaan pertama Google menggunakan skrin OLED pada Pixel menghadapi masalah. Skrin P-OLED keluaran LG dikatakan punca kepada masalah ini.
Tetapi masalah ini turut dialami oleh Samsung yang merupakan pengeluar skrin OLED terbesar di dunia. Pada hari pelancaran Galaxy S8 di Korea Selatan, sebilangan kecil pengguna melaporkan skrin yang mempunyai tinta merah jambu. Samsung segera mengeluarkan kenyataan masalah ini akan cuba diselesaikan dengan kemaskini perisian. Selepas ia diterima masalah masih dilaporkan oleh sebilangan pengguna yang kemudian menerima peranti gantian.

5. Google Pixel Dan Pixel XL – Masalah Silau Lensa

Filem arahan J J Abrams mempunyai satu persamaan di mana silau lensa akan muncul dengan kerap. Ia menjadi bahan jenaka peminat layar perak kerana penggunaan “lens flare” yang agak melampau oleh beliau. Kesemua peranti Google Pixel yang dilancarkan tahun lalu mempunyai mod J J Abrams terbina kerana rekaan lensanya.
Di dalam situasi pencahayaan yang terang, silau lensa akan dapat dilihat pada gambar yang diambil. Kerana ini adalah disebabkan oleh lensa, Google menyelesaikannya dengan menggunakan perisian yang mengurangkan kesan silau lensa apabila gambar diambil. Ia masih belum 100% sempurna dan sehingga kini mod J J Abrams yang tidak dipinta ini masih wujud,

6. Apple iPhone 4 – AntennaGate

Dengan iPhone 4 Apple melakukan perubahan rekaan pertama pada rekaan iPhone 3GS yang kini dianggap ikonik. Tubuh dengan sisi bulat digantikan dengan sisi berkotak dan panel belakang berkaca. Perubahan ini mengakibatkan antena selular diubah ke bahagian sisi peranti.  Oleh sebab itu apabila pengguna memegang iPhone 4, ia mengakibatkan sambungan selular tergantung. Masalah ini dikenali ramai sebagai AntennaGate.  Masalah ini ditemui sebaik sahaja peranti dilancarkan.
Pada awalnya Steve Jobs mengatakan ini ialah “kesalahan pengguna” kerana memegang peranti seperti yang tidak sepatutnya. Beliau juga bertegas masalah ini tidak unik pada iPhone 4 malah ditemui pada peranti Nokia dia Blackberry yang popular pada ketika itu. Tetapi hakikatnya ini tidak benar dan Apple terpaksa memberikan kerangka kepada pemilik iPhone 4 secara percuma. Mereka juga disaman dan pada tahun 2013 setiap pembeli iPhone 4 menerima cek bernilai $15 sebagai pampasan kerana rekaan peranti yang bermasalah.

7. HTC One M8 – Kamera Dengan Tinta Ungu

Sehingga kini HTC One M8 ialah antara peranti yang masih kami gemari. Ia membuktikan peranti utama Android tidak semestinya diperbuat daripada plastik dan mempunyai sokongan audio stereo pada bahagian hadapan. Rekaan One M8 kemudian digunapakai pada peranti pengeluar lain.
Sungguhpun popular dan menarik, masalah gambar dengan tinta ungu mula dilaporkan sekitar dua bulan selepas peranti mula dijual. Pada awalnya ia dikatakan adalah masalah perisian tetapi sebenarnya adalah diakibatkan oleh sensor kamera yang rosak akibat haba dari pemproses. Hampir kesemua kenalan kami yang menggunakan One M8 melaporkan masalah ini. Peranti kami masih beroperasi dengan baik tetapi ini adalah kerana ia jarang digunakan selepas tempoh ulasan.

8. Sony Xperia Z4/Z3+ – Pemanasan Melampau Sehingga Kamera Gagal Beroperasi

Lebih berkuasa sesuatu peranti, semakin banyak haba yang dihasilkan. Ini ialah masalah awal pada peranti pintar. Pada tahun 2015 Snapdragon 810 dihasilkan dan ia mungkin pemproses paling bermasalah pernah dihasilkan kerana mengeluarkan haba yang tinggi. Hampir kesemua peranti yang menggunakan Snapdragon 810 melaporkan masalah kepanasan melampau.
Peranti yang paling terkesan mungkin ialah Sony Xperia Z4/Z3+. Ia mengakibatkan aplikasi kamera tidak boleh dibuka untuk tempoh yang lama sama ada untuk rakaman gambar atau video. Kemaskini perisian diberikan bagi menyelesaikan masalah dengan mengurangkan kelajuan pemproses. Malang sekali kamera masih gagal berfungsi selepas digunakan melebihi 20 saat. Masalah ini dikesan secara meluas ketika peranti masih lagi di dalam proses ujian oleh laman-laman teknologi terkemuka.

9. Apple iPhone 6S – Bateri Menyebabkan Peranti Terpadam Sendiri

Apple iPhone 6SMasalah bateri amat menjengkelkan kerana tidak seperti dahulu, bateri pada peranti sekarang tidak boleh ditukar dengan mudah apabila mula bermasalah. Di dalam kes iPhone 6S, masalah bateri ini berlaku kerana proses pengilangan yang menyebabkan kecacatan pada bateri yang dihasilkan pada tempoh tertentu.
Masalah dikesan lebih setahun selepas iPhone 6S memasuki pasaran. Pengguna iPhone 6S melaporkan masalah peranti terpadam secara tiba-tiba. Apple mendapati peranti yang dikilangkan di antara September 205 dan Oktober 2015 mempunyai masalah bateri. Mereka memulakan proses gantian bateri kepada pengguna yang terkesan.

10. Samsung Galaxy Note 7 – Bateri Meletup

Tidak ada masalah yang melanda peranti pintar yang berprofil lebih tinggi dari insiden bateri Samsung Galaxy Note 7 yang meletup secara rawak. Kesemua masalah yang disenaraikan di atas dapat diselesaikan dengan kemaskini perisian dan penghantaran semula ke pengeluar.
Galaxy Note 7 ialah satu-satunya peranti yang menyebabkan pemilik tidak boleh menaiki pesawat dan menyebabkan ia ditarik dari pasaran sehingga menyebabkan kerugian dilaporkan mencecah berbilion ringgit.
Masalah dilaporkan hanya beberapa minggu selepas peranti mula dijual. Ia turut berlaku pada pengguna Note 7 di Malaysia. Ia menyebabkan Samsung menilai semula proses pengilangan bateri mereka dan akibatnya bateri pada peranti Samsung sekarang kesemuanya berkapasiti kecil bagi mengelakkan masalah mampatan bateri berlaku sekali lagi. Galaxy Note 7 hanya kembali semula ke pasaran Malaysia selepas Note 8 dan dijenamakan semula sebagai Samsung Galaxy Note 7 Fan Edition.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More